JANDA BAIK – Friends of Janda Baik's Blog (FOJB)

promoting & preserving the natural beauty & development of Janda Baik

RASUAH & Persekitaran Alam

Ingin Memberi Maklumat ? Keraguan awam tentang apa yang berlaku di sekelililing persekitaran alam Janda Baik?

MAKLUMAT BOLEH DIHANTAR DENGAN CARA :

1.Datang sendiri ke mana-mana Pejabat SPRM terdekat

2.Gunakan laman SPRM http://www.sprm.gov.my

3.Maklumat melalui SMS    (kepada nombor  019-600 696)

4.Emel : info@sprm.gov.my

5.Tulis surat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peti Surat 6000,62007 Putrajaya atau mana-mana negeri (tanpa setem)

6.Talian bebas tol SPRM 1-800-88-6000


KEWAJIPAN MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH

Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.
Seksyen 25(1) SPRM 2009

Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh,atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(3) SPRM 2009

PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT DAN KANDUNGAN MAKLUMAT

Semua pemberi maklumat kepada pegawai suruhanjaya (SPRM) adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintah untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Dalam hal maklumat, segala bahagian yang mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan.

Sek. 65(1) dan (2) SPRM 2009


Untuk Maklumat Awam ( for Public Information)

(FOJB)

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: